Artinya :
1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
3.Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
4.Yang Menguasai di Hari Pembalasan
5.Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan
6.Tunjukilah kami jalan yang lurus
7.(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Penjelasan Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) :
Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7
ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi
sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan
sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
Surah ini juga dinamakan Ummul
Quran (ام القــرآن - Ibu
Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan
ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan
Al-Quran itu sendiri.
Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul
Matsaani yang bermaksud tujuh
yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar